KL dan PJ alami gangguan bekalan air sementara

0
44



Beberapa kawasan di ibu negara dan Petaling mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat, Sungai Buloh, pecah.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kerja pembaikan sedang giat dijalankan serta dianggar mengambil masa selama 48 jam untuk siap sepenuhnya.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai,” kata kenyataan itu.

Antara kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas ialah Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; KL Sentral; Taman Seputeh, Brickfields; Jalan Syed Putra; Jalan San Peng; Jalan Loke Yew; Jalan Chan Sow Lin; Jalan Sungai Besi dan Jalan Bangsar.

Di Petaling, antara kawasan yang terlibat ialah Desa Petaling; Jalan Kuchai Lama; OUG; Taman Tun Dr Ismail; Hospital Sungai Buloh; Pantai Dalam; Petaling Utama; Kampung Melayu Subang; Damansara Damai; Prima Damansara dan Sierramas.

Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (taip: Tanker Nama dan Alamat).

Orang ramai boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’ untuk maklumat terkini mengenai kerja pembaikan itu.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here