KL lepas 3 pemain

0
161
Advertisement



KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee boleh menarik nafas lega selepas tiga lagi pemain pilihannya mendapat pelepasan untuk beraksi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Tiga pemain terbabit dari Kuala Lumpur iaitu penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil dan dua pemain pertahanan, Irfan Zakaria dan juga Syazwan Andik.

Perkembangan itu diumumkan jurulatih skuad The Hawks, Fabio Maciel yang mengakui rela melepaskan tiga pemain muda itu meskipun terpaksa kehilangan khidmat mereka untuk aksi Piala Malaysia yang akan berlangsung pada tarikh yang sama.

“Mereka ada bertanyakan kepada saya sama ada boleh diberi pelepasan, jadi saya akan berjumpa dengan pengurusan untuk membincangkan mengenai perkara ini.

“Jika semua pasukan melepaskan pemainnya, sudah tentu kami juga perlu melakukan perkara yang sama. Namun saya juga perlu tahu sama ada semua pasukan dapat melepaskan pemain masing-masing.

“Apapun, saya tiada masalah kerana panggilan skuad kebangsaan perlu dijadikan keutamaan,” katanya pada sidang media, malam tadi.

Selain Kuala Lumpur, dua pasukan sudah menyatakan kesediaan untuk melepaskan pemain masing-masing iaitu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal melepaskan lapan pemain termasuk seorang pemain JDT II dan juga PKNS FC dengan dua pemain.

Kebimbangan tercetus apabila Kim Swee sekali lagi berdepan masalah selepas pasukan enggan melepaskan pemain memandangkan jadual Sukan Asia Jakarta-Palembang bertembung dengan jadual kempen Piala Malaysia.

Berdasarkan syarat pertandingan, Kim Swee perlu menghimpunkan sekurang kurangnya 18 pemain namun jika beliau gagal berbuat demikian, skuad B-23 kemungkinan besar perlu menarik diri daripada bersaing pada kejohanan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here