KLCC Property bida projek perluasan kawasan beli belah KLCC

0
530
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah mewah KLCC Property Holdings akan meneruskan proses bidaan projek perluasan kawasan beli belah KLCC yang kini dikendalikan oleh Petronas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Hashim Wahir.

“Segala keputusan sama ada akan mengambil projek ini atau tidak akan diputuskan ahli lembaga pengarah selepas mengambil kira keadaan pasaran.

“Namun kami masih meneruskan proses bidaan,” katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan bagi menerangkan tentang projek berkenaan.

Projek itu melibatkan pelebaran kawasan beli belah di KLCC menjangkau ke kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT.

“Semua projek ini akan siap pada 2022 jika kami ambil alih. Jadi tidak timbul isu lebihan bekalan pejabat atau ruang komersial. Semua ruang di menara kami kini dihuni,” katanya ketika menjawab soal lebihan bekalan dalam pasaran.

Tambahnya pihak KLCC Property Holdings sedar akan keadaan semasa pasaran yang berdepan tekanan namun permintaan masih wujud dan ia sedang dianalisa oleh ahli lembaga pengarah.

Syarikat itu mempunyai ruang untuk berhutang sebanyak RM6.65 bilion, berdasarkan sesi penerangan pelabur pada Januari lalu.

Bagaimanapun Hashim enggan mendedahkan jumlah bidaan yang ditawarkan KLCC Property Holdings dalam projek berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here