KLIA2 terminal keempat terbaik dunia bagi penerbangan kos rendah

0
164
Advertisement
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diiktiraf sebagai terminal keempat terbaik dunia dalam senarai Anugerah Terminal Penerbangan Kos Rendah Terbaik 2018.

Mendahului senarai pada tangga pertama bagi kategori sama ialah Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, diikuti Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Terminal 4 Lapangan Terbang Melbourne di tangga kedua dan ketiga.

Anugerah Terminal Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia merujuk kepada terminal yang menyediakan perkhidmatan terbaik kepada syarikat-syarikat penerbangan kos rendah.

Anugerah Lapangan Terbang Terbaik dunia bermula pada tahun 1999 apabila Skytrax, sebuah badan perundingan perkhidmatan lapangan terbang melancarkan kaji selidik secara global tentang kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan lapangan terbang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) telah diiktiraf sebagai terminal keempat terbaik dunia bagi Anugerah Terminal Penerbangan Kos Rendah Terbaik 2018.  Mendahului senarai pada tangga pertama bagi kategori yang sama adalah Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai diikuti Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Terminal 4 Lapangan Terbang Melbourne di tangga kedua dan ketiga.  Anugerah Terminal Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia merujuk kepada terminal yang menyediakan perkhidmatan terbaik kepada syarikat-syarikat penerbangan kos rendah. Anugerah Lapangan Terbang Terbaik dunia bermula pada tahun 1999 apabila Skytrax, sebuah badan perunding perkhidmatan lapangan terbang melancarkan kaji selidik secara global tentang kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan lapangan terbang.  Undian dikutip daripada pengembara di seluruh dunia melalui kaji selidik itu. Bagi tahun 2018, kaji selidik itu telah dijalankan di 550 buah lapangan terbang seluruh dunia.  Kajian telah dijalankan sejak Ogos 2017 sehingga Februari 2018 berdasarkan 13.73 juta soal jawab yang telah diedarkan. Pengguna lapangan terbang yang datang daripada lebih 100 latar belakang yang berbeza telah terlibat dengan kaji selidik ini.  Kaji selidik tersebut merangkumi kepuasan pengguna lapangan terbang dari segi keselamatan, , kecekapan perkhidmatan, masa menunggu dan pusat beli-belah. KLIA 2 yang dibuka secara rasmi pada 2 May 2014 menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa serantau dan mampu memberi perkhidmatan kepada 45 juta penumpang setahun.   Antara syarikat penerbangan kos rendah di KLIA 2 adalah Air Asia X, Air Asia Indonesia, Malindo Airways dan Firefly.

Undian dicerap daripada pengembara dari seluruh dunia melalui satu kaji selidik yang dijalankan sejak Ogos 2017 hingga Februari 2018 berdasarkan 13.73 juta soal jawab yang telah diedarkan.

Bagi tahun 2018, kaji selidik itu telah dijalankan di 550 lapangan terbang di seluruh dunia.

Pengguna lapangan terbang yang terlibat dengan kaji selidik ini terdiri daripada lebih 100 latar belakang berbeza.

Kaji selidik tersebut merangkumi kepuasan pengguna lapangan terbang dari segi keselamatan, kecekapan perkhidmatan, masa menunggu, dan pusat beli-belah.

KLIA2 yang dibuka secara rasmi pada 2 Mei 2014 menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa serantau dan mampu memberi perkhidmatan kepada 45 juta penumpang setahun. 

Antara syarikat penerbangan kos rendah di KLIA2 ialah AirAsia X, AirAsia Indonesia, Malindo Airways dan Firefly.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here