Klon monyet berjaya dicipta. Adakah ini langkah awal untuk klon manusia?

0
46
Advertisement

KUALA LUMPUR: Saintis China mengumumkan dua klon monyet berjaya dicipta dan kaedah sama berpotensi untuk menghasilkan klon manusia.

Penghasilan klon berkenaan menggunakan kaedah sama yang digunakan untuk klon ‘Dolly the Sheep’ bagi mencipta sepasang kera yang serupa.

Saintis juga yakin berjaya memecah benteng akhir dalam proses pengklonan manusia serta mampu memberi penyelesaian kepada rawatan penyakit kulit, parkinson dan banyak lagi.

Mu-Ming Poo, salah seorang penyelidik di Akademi Sains China, ketika ditanya sama ada kaedah yang sama boleh dilakukan terhadap sel-sel manusia berkata, monyet dan kera adalah mamalia dan manusia juga dalam ketegori spesies yang sama.

Bagaimanapun pelobi kumpulan Amaran Genetik Manusia, Dr. David Kong bimbang ia akan jadi permulaan kepada penciptaan klon manusia.

“Walaupun secara teknikalnya ia kelihatan sukar, mereka yang berkemampuan dan bercita-cita menjadi manusia klon pertama pasti akan mencuba,” katanya.

Pasangan monyet klon berkenaan dipanggil Zhong Zhong dan Hua Hua, merupakan spesies mamalia pertama yang diklonkan menggunakan teknik pemindahan sel somatik.

Kaedah sama telah digunakan lebih dari 20 tahun di Edinburgh untuk mencipta biri-biri menggunakan sel-sel dewasa.

Zhong Zhong dan Hua Hua selamat dilahirkan kira-kira 6-8 minggu lepas di Akademi Sains China di Shanghai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here