KLRCA dijenama semula

0
310
Advertisement



Kuala Lumpur: Satu jawatankuasa dibentuk bagi mengetuai inisiatif penjenamaan semula Pusat Serantau Timbang Tara Kuala Lumpur (KLRCA) di Jalan Sultan Hishamuddin, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan berbincang dengan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia Afrika (AALCO) untuk menukar nama pusat itu kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia Malaysia.

“Usaha ini selari komitmen Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR).

“Malah, ia juga visi Perdana Menteri yang mahu menjadikan Malaysia sebagai barisan hadapan menerusi inisiatif Satu Jalur Satu Jalan yang diadakan di China baru-baru ini dengan penyertaan 37 negara,” katanya ketika merasmikan Minggu ADR Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 4:50 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here