Kluivert selangkah ke Roma

0
265
Advertisement



BEKAS pemain sayap Ajax Amsterdam, Justin Kluivert, yang juga anak kepada bintang Belanda, Patrick Kluivert, sedia menjalani pemeriksaan perubatan di AS Roma menjelang perpindahannya ke kelab itu, lapor kelab Serie A itu, hari ini.

“Pemain antarabangsa Belanda berusia 19 tahun itu selamat mendarat di Bandar Fiumicino,”  kata kenytataan kelab berkenaan.

Roma turut memuat naik ketibaan pemain muda itu di laman web rasmi http://www.asroma.com/en/news/2018/6/justin-kluivert-arrives 

Kluivert menjaringkan 10 gol dalam 30 aksi liga bersama Ajax musim lalu dan kali pertama mewakili pasukan kebangsaan Belanda Mac lalu.

Media Itali melaporkan Kluivert bakal menerima yuran perpindahan sebanyak 20 juta euro (RM92 juta). 

Perpindahan ke AS Roma itu sekali gus meranapkan impian Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang sebelumnya turut berminat mendapatkan khidmat pemain muda itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here