Koleksi foto majlis perkahwinan Laudya Cynthia Bella & Engku Emran

0
77

PELAKON filem “Surga Yang Tak Dirindukan 2”, Laudya Cynthia Bella sah bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin pada sebuah majlis pernikahan yang diadakan semalam.

Pasangan yang menjadi perhatian peminat seni di Malaysia dan Indonesia itu dinikahkah oleh bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 dengan sekali lafaz.

Bella, 29, dan Emran, 42, turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam.

Barisan artis terkenal Indonesia yang juga rakan-rakan Bella seperti Melly Goeslow, Titi Kamal, Irwansyah, Zaskia Sungkar, Shireen Sungkar, Teuku WIsnu dan ramai lagi turut hadir meraikan pasangan mempelai.

Tidak ketinggalan pelakon terkenal tanah air, Nora Danish dah suaminya, Nedim Nazri iaitu orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Engku Emran dengan Bella juga menjadi sebahagian daripada tetamu.

Rata-rata netizen menyifatkan Bella dan Emran sebagai pasangan yang serasi, sama cantik dan sama padan.

Astro Gempak himpunkan beberapa koleksi foto dan video sekitar majlis pernikahan dan resepsi mereka:
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here