Komander Abu Sayyaf maut ketika bertempur

0
58


MANILA: Ketua tentera Filipina berkata, pasukan marin negara itu membunuh komander militan Abu Sayyaf yang dipercayai salah seorang penculik terkenal di selatan negara itu.

Jeneral Eduardo Ano berkata, Alhabsy Misaya, terbunuh dalam pertempuran dengan unit marin lewat kelmarin dalam hutan antara bandar Indanan dan Parang di wilayah Sulu.

JENERAL Eduardo Ano. – Foto AP

Misaya dipersalahkan di atas penculikan puluhan tebusan Malaysia dan Indonesia, termasuk seorang yang sudah dipenggal kepala.

Ano berkata hari ini bahawa mayat Miyasa dikenal pasti oleh anggota Abu Sayyaf yang berjaya ditangkap.

Tentera Filipina melancarkan operasi besar-besaran terhadap Abu Sayyaf, yang terkenal dengan pengeboman, penculikan dan memenggal tebusan.

Ia disenaraihitamkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan Filipina. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here