Komited rawat masalah sakit belakang

0
28



Los Angeles: Bekas pemain nombor satu dunia Tiger Woods (gambar) menyatakan dia sudah selesai menjalani program yang akan membantunya menguruskan masalah perubatannya selepas ditahan atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk, Mei lalu.

Woods berkata, dia akan terus mengikuti rawatan seterusnya dalam usaha melegakan masalah sakit belakang selain isu sukar tidur yang dialaminya bersama pakar psikologi.

“Saya sudah melengkapkan program intensif yang dijalankan oleh sebuah syarikat swasta,” kata ikon sukan golf itu dalam laman web sosial Twitter miliknya. “Saya akan meneruskannya bersama doktor, keluarga dan rakan terdekat saya.

“Saya berterima kasih atas semua sokongan yang diterima setakat ini.”

Woods tidak memberikan butiran lanjut mengenai jenis program yang dijalaninya dan dia juga tidak menyebut tempoh sebenar untuk kembali beraksi.

Woods ditahan pada 29 Mei lalu berhampiran kediamannya di Florida kerana memandu dalam keadaan mabuk. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here