Kompleks sukan mesra wanita siap 2021

0
535
Advertisement



KUALA LUMPUR: Negara akan mempunyai sebuah kompleks sukan mesra wanita yang pertama dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk taman penjagaan kanak-kanak, spa dan salon kecantikan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, kompleks mesra wanita itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Kami berpandangan ada kepentingan untuk membina kemudahan ini kerana wanita negara ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan,” katanya ketika meninjau satu daripada tapak cadangan kompleks itu di Puchong, hari ini.

Tapak berkeluasan 6.07 hektar itu antara empat lokasi (semuanya di Selangor) yang dicadangkan bagi membina kemudahan itu.

Zuraida berkata, selain mempunyai ciri kemudahan seperti kolam renang dan gelanggang sukan khusus untuk wanita, kompleks itu juga mampu menganjurkan sukan wanita bertaraf antarabangsa.

Di samping itu, ia akan memenuhi keperluan golongan kurang upaya dan kanak-kanak yang mengiringi kaum hawa yang datang ke situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here