Kongres AS lulus usul 'buka semula' pentadbiran AS

0
21
Advertisement

WASHINGTON: Selepas tiga hari ‘lumpuh’ pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang ditutup sebelum ini, akhirnya dibuka semula.

Perkara itu dipersetujui ahli Kongres di Dewan Perwakilan hari ini.

Dewan mengundi 266-150 bagi meluluskan rang undang-undang itu, melepasi Majlis Senat yang menyokong, 81-18.

Ia turut termeterai selepas Presiden AS, Donald Trump menandatangani rang undang-undang bagi mengekalkan dana operasi persekutuan sehingga 8 Februari depan.

Dengan langkah itu, sekaligus bakal menyaksikan ratusan ribu pekerja awam kembali bertugas pada Selasa.

Tindakan menutup pentadbiran Amerika Syarikat itu disifatkan Speaker Dewan, Paul Ryan sebagai sesuatu yang bukan sahaja tidak masuk akal malah membazir.

“Saya pasti ramai yang lega bahawa episod ini akan berakhir. Penutupan pentadbiran ini tidak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan kos yang tidak perlu terhadap negara ini.”

“Saya lihat tiada pemenang di sini hari ini. Yang pasti ini bukan saat untuk kita berbangga, langsung tidak,” katanya dalam Dewan Perwakilan hari ini.

BACA: Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat bakal berakhir

BACA: Pentadbiran Amerika Syarikat ditutup selepas Senat gagal capai kata sepakat

Pada Ahad, pentadbiran Amerika Syarikat mula ditutup selepas Majlis Senat gagal mencapai kata sepakat mengenai bajet terbaharu negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here