Konsert amal REUNIC dapat sambutan hangat

0
56


LEBIH istimewa, konsert terbabit berjaya mengumpulkan kembali anggota asal kumpulan nasyid itu yang ditubuhkan pada 2002.

NILAI: Lebih 2,000 peminat memeriahkan konsert amal REUNIC di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, malam tadi.

Lebih istimewa, konsert terbabit berjaya mengumpulkan kembali anggota asal kumpulan nasyid itu yang ditubuhkan pada 2002.

Selain Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul), Bazli Hazwan Che Osman (Bazli) dan Wan Najdi Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi) yang kini terus menghidupkan UNIC, persembahan malam tadi turut menampilkan bekas anggotanya iaitu Mohammad Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun), Mohamad Fitri Mohamad Haris (Fitri) serta Ahmad Fadzli Abd Aziz (Fadzli).

Hafiz berkata, mereka terkejut apabila 2,000 tiket habis dijual tiga hari sebelum tarikh konsert berlangsung.

“Tiada siapa sangka, dengan perancangan pada saat akhir, kami berjaya merealisasikan impian menganjurkan konsert ini.

SELAIN Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul), Bazli Hazwan Che Osman (Bazli) dan Wan Najdi Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi) yang kini terus menghidupkan UNIC, persembahan malam tadi turut menampilkan bekas anggotanya iaitu Mohammad Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun), Mohamad Fitri Mohamad Haris (Fitri) serta Ahmad Fadzli Abd Aziz (Fadzli). – Foto Instagram REUNIC

“Pada awalnya kami hanya mensasarkan kira-kira 1,000 tiket mampu terjual kerana kami kesuntukan masa untuk melakukan promosi. Namun dengan kehendak Allah, ramai peminat UNIC di negara ini yang mendapat maklumat itu.

“Bukan saja 2,000 tiket habis terjual, malah ramai lagi peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket turut datang ke USIM bagi menyaksikan konsert REUNIC,” katanya mengenai persembahan yang diadakan untuk memungut dana mengisi tabung pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur.

Sepanjang konsert yang berlangsung selama 2 jam 30 minit, peminat dihiburkan dengan lebih 15 lagu popular kumpulan terbabit seperti Jalinan, Ainul Mardiah, Balqis, Demi Cinta Suci, Ke Makam Bonda dan See You Di IPT.

LEBIH 2,000 peminat memeriahkan konsert amal REUNIC di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, malam tadi.

Tidak ketinggalan, kumpulan itu turut mengundang ‘sifu’ mereka, Hijjaz, untuk bergandingan menyanyikan lagu Summayyah.

Antara rakan artis yang hadir memberikan sokongan pula seperti Oki Setiana Dewi, Kumpulan Saujana, Devotees dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here