Konsert Bruno Mars 9 Mei, penganjur belum putuskan jika ada penukaran tarikh

0
57
Advertisement

PENGANJUR konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman jika terdapat perubahan pada tarikh konsert berkenaan.

Ia adalah susulan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang jatuh pada hari yang sama dengan konsert itu, iaitu 9 Mei.

Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Peminat yang telah membeli tiket meluahkan rasa bimbang memandangkan ada antara mereka yang perlu pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, dan ia akan menyukarkan mereka untuk hadir keĀ  konsert itu pada sebelah malam.

Konsert itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur.

Kesemua 12,000 tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here