Konsert di Las Vegas dicemari insiden tembakan

0
83
Advertisement

LOS ANGELES: Satu kejadian tembakan berlaku pada Ahad, di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas ketika satu konsert sedang berlangsung, mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan, memetik sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Menerusi rakaman video dimuat naik dalam talian, kedengaran bunyi tembakan dipercayai daripada senjata automatik.

Dilaporkan jenis senjata api yang menghasilkan bunyi bising seperti dirakamkan dalam video berkenaan sukar untuk didapati di kedai menjual senjata di Amerika Syarikat.

Saluran berita ABC 7 melaporkan beratus das tembakan dilepaskan dan lebih 20 mangsa kini dirawat di hospital Las Vegas, seorang suspek berjaya dibunuh anggota polis.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here