Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur Oktober ini

0
39
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bintang pop Mariah Carey mengumumkan tarikh konsertnya buat peminat-peminatnya di Malaysia dalam siri jelajah terbaru ‘Mariah Carey, Live In Concert’.

Dalam entri terbaru di Instagramnya, Mariah bakal mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 16 Okt ini.

Mariah juga dijadualkan akan mengadakan konsert di Magelang, Indonesia dan Singapura sekitar November dalam siri jelajah yang sama.

Kali terakhir konsert Mariah di Malaysia adalah pada tahun 2014 iaitu konsert ‘The Elusive Chanteuse Show’ di Stadium Merdeka.

Penyanyi bersuara lantang itu juga sebelum ini memberi bayangan bakal mengeluarkan album terbarunya dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here