Kontraktor warga asing maut motor rempuh lori

0
73



Georgetown: Seorang kontraktor pembinaan maut selepas motosikal ditunggang terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar lori di Jalan Paya Terubong, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Budi Prastio, 35, warga Indonesia meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala serta anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Air Itam menghala ke Relau, di sini, namun sebaik tiba di tempat kejadian motosikal ditunggangnya hilang kawalan.

“Mangsa menuruni kawasan berbukit di Jalan Paya Terubong dan motosikal ditunggang masuk ke jalan bertentangan sebelum merempuh lori dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun.

“Lelaki terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis juga mengesan saksi yang melihat kemalangan itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here