Kontroversi buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' berterusan

0
17
Advertisement

DRAMA serta kontroversi melibatkan buku “Fire and Fury: Inside the Trump White House” berpanjangan.

Kali ini melibatkan perang mulut antara penulis buku Michael Wolff dengan bekas ketua strategi White House, Steve Bannon.

Bannon pada Ahad menegaskan, kenyataannya dalam buku berkenaan berhubung pertemuan di Menara Trump adalah merujuk kepada Ketua Kempen Trump, Paul Manafort dan bukan anak Presiden Donald Trump, Donald Trump Jr.

“Ia tidak benar.

“Bannon tidak menyatakan apa yang ditulis itu tidak benar. Bannon jelaskan apa yang dikatakannya adalah mengenai Donald Trump Jr dan bukan mengenai Paul Manafort,” jelas Wolff dalam satu temuramah dengan agensi berita CNN, dikendalikan Christiane Amanpour.

Buku tulisan Wolff yang memetik kenyataan Bannon mendakwa pertemuan melibatkan beberapa pegawai kempen Trump, termasuk Donald Trump Jr dan Manafort, serta seorang peguam Rusia, menjadi platfrom pertukaran maklumat yang boleh mencemarkan reputasi Hillary Clinton.

Pertemuan itu didakwa Bannon satu pertemuan ‘khianat’.

BACA: Buku ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ habis dijual

BACA: Buku ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ satu jenaka – White House

BACA: Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’

Bagaimanapun, Bannon dalam kenyataannya menegaskan kritikan berhubung mesyuarat tersebut merujuk kepada Manafort, kerana sebagai seorang pegawai kempen profesional dan berpengalaman, beliau sepatutnya mengelak mengadakan pertemuan tersebut.

Kenyataan Bannon turut menyifatkan Donald Trump Jr, sebagai lelaki yang baik dan seorang patriot.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here