Kopi beracun buat mertuaku

0
52
Advertisement

GORONTALO: Berang sering dimarahi, seorang wanita bertindak kejam dengan meracun mertuanya sendiri.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Epi nekad membunuh mertuanya Zuhria Latada, 66 tahun, dengan menuang racun ke dalam termos yang biasa digunakan mangsa untuk menyeduh kopi.

Motif kejadian dipercayai disebabkan rasa sakit hati suspek yang dikatakan tersinggung dengan teguran Zuhria yang kerap menasihati anak-anaknya.

Dalam insiden yang dilapor media tempatan baru-baru ini, suspek didakwa menuang racun rumpai dan membiarkan mertuanya meneguk kopi yang dibubuhi itu sehingga mengalami kekejangan.

Suspek kemudian berlagak seolah mengambil berat dengan keadaan mangsa yang kelihatan semakin parah.

Mangsa yang dikejarkan di Rumah Sakit MM Dunda Limboto bagaimanapun meninggal dunia setelah sembilan hari menjalani rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here