Korban tanah runtuh Sri Lanka meningkat

0
70



COLOMBO: Angka korban tanah runtuh dan banjir Sri Lanka dilaporkan mencecah 164 orang dengan 111 mangsa dilaporkan masih hilang.

Pihak berkuasa pada Isnin berkata, anggota mencari dan penyelamat masih terus berusaha mengeluarkan mayat yang ditimbuni lumpur.

Malapetaka yang tercetus kerana hujan berterusan itu telah menjejaskan kawasan barat dan selatan Sri Lanka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan India masing-masing menghantar bantuan untuk meringkan beban mangsa yang terjejas.

Kejadian tanah runtuh merupakan satu perkara biasa pada musim monsun di Sri Lanka.

Pada Mei tahun lepas, sekurang-kurangnya 100 orang maut dalam tanah runtuh di bahagian tengah negara pulau itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here