Korea Utara akui berjaya hasilkan bom hidrogen termaju

0
41

WASHINGTON: Korea Utara dilapor berjaya menghasilkan bom hidrogen (H-bomb) baharu yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua.

Agensi berita Korea Utara (KCNA) melaporkan bom itu didakwa lebih hebat dan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan yang berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.

Bulan lepas, media Amerika Syarikat melaporkan pegawai risikan telah mengesahkan Pyongyang berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah bersaiz kecil dan mudah alih sehingga boleh dibawa di dalam beg direka khas.

Ini mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan amaran tindak balas ke atas Korea Utara.

Pyongyang pula mengancam akan menembak peluru berpandu ke wilayah Guam di Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here