Korea Utara ancam serang Guam

0
39

SEOUL: Korea Utara sedang menilai dengan teliti rancangan untuk menyerang wilayah Amerika Syarikat di Guam dengan peluru berpandu.

Kenyataan dibuat beberapa jam selepas Presiden Donald Trump memberi kata dua kepada Pyongyang  iaitu hentikan ancaman atau berdepan padah diserang secara besar-besaran.

Jurucakap Tentera Rakyat Korea berkata rancangan serangan itu akan kekal diaktifkan dan dilaksanakan apabila pemimpin Kim Jong Un membuat keputusannya.

Dalam satu lagi kenyataan, Korea Utara juga berkata ia boleh melancarkan serangan lebih awal jika Amerika Syarikat menunjukkan sebarang tanda provokasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here