Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun

0
42

TOKYO/SEOUL: Korea Utara dilapor telah melancarkan peluru berpandu dari Pyongyang ke arah utara Jepun awal Selasa.

Perkara itu disahkan kerajaan Jepun dan Korea Selatan.

Stesen penyiaran NHK Jepun melaporkan peluru berkenaan berkecai dan jatuh ke laut berhampiran Hokkaido.

Bagaimanapun, tiada usaha dilakukan Jepun untuk menembak jatuh peluru berpandu itu yang melintasi ruang udara Jepun pada jam 6.06 pagi.

Dalam pada itu, tentera Korea Selatan berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Sunan berdekatan Pyongyang sebelum jam 6 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here