Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

0
18



KOREA UTARA hari ini melancarkan peluru berpandu balistik dari kawasan barat negara itu ke arah lautan di timur.

Peluru berpandu itu dilancarkan pada 12.40 tengah malam GMT (8.40 pagi waktu Malaysia) dari lapangan terbang di barat laut Pyongyang, menurut tentera Korea Selatan.

Ia terbang selama 40 minit sejauh 930 kilometer dan mungkin melanda Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Pelancaran ini diadakan menjelang pertemuan Sumit G20 di Jerman, minggu ini di antara pemimpin Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan yang dijangka membincangkan usaha mengekang ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Ia juga dilancarkan pada Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai dan Korea Utara sebelum ini pernah melancarkan peluru berpandu ketika perayaan Amerika Syarikat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 10:59 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here