Korea Utara sah lancar peluru berpandu balistik

0
203
Advertisement


GAMBAR fail, Kim Jong Un.- Foto AP

SEOUL: Korea Utara hari ini mengesahkan kejayaan pelancaran ujian peluru berpandu jarak sederhana, kata media rasmi Pyongyang.

Menurut media berkenaan, senjata itu kini sedia digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan.

Pemimpin utara, Kim Jong-un memantau pelancaran senjata itu, kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) sambil menambah beliau turut “meluluskan penggunaan sistem persenjataan ini.”

KCNA berkata, peluru berpandu yang diuji itu adalah Pukguksong-2, senjata kapal selam Pyongyang versi darat yang menggunakan bahan api pepejal dan mampu dilancarkan serta-merta.

Peluru berpandu, yang digambarkan Washington sebagai senjata jarak sederhana itu dilancarkan dari Pukchang di wilayah Pyongan Selatan dan mencapai jarak kira-kira 500 kilometer sebelum mendarat di Laut Jepun, menurut tentera Selatan.

Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun serta-merta mengecam pelancaran itu dan menggesa diadakan satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkara itu.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here