Korea Utara tak hormat China: Trump

0
51


KOMEN Trump di laman Twitternya hari ini.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu hari ini sebagai satu tindakan yang tidak menghormati China.

Trump mengeluarkan komen itu menerusi laman Twitter miliknya: “Korea Utara tidak menghormati harapan China dan presidennya ketika melancarkan walaupun ia gagal, peluru berpandu hari ini. Teruk!”

Presiden itu yang baharu kembali daripada lawatan sehari ke Atlanta tidak menjawab soalan wartawan sekembalinya beliau ke Rumah Putih.

Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan petang semalam berkata, Korea Utara melancarkan peluru berpandu daripada lokasi tidak jauh daripada ibu negara, Pyongyang tanpa memberikan butiran terperinci.

Kedua-dua pegawai Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengesahkan ujian itu gagal, tidak lama selepas dilancarkan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here