Korea Utara 'tidak hormat' China

0
50


PRESIDEN Donald Trump. – Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hari ini, menganggap tindakan Korea Utara melancarkan ujian senjata terbaru adalah tamparan hebat kepada China, sekutu utama negara itu.

“Korea Utara menunjukkan rasa tidak hormat kepada jiran mereka, China, dengan melancarkan satu lagi ujian senjata, tetapi China sedaya upaya cuba menghalang mereka,” kata Trump dalam mesej di Twitter.

Hari ini, Korea Utara dilaporkan melancarkan ujian senjata, iaitu kali ke-12 bagi tahun ini dan peluru itu dilaporkan mendarat ke dalam laut berhampiran Jepun.

Tentera Korea Selatan berkata, peluru jenis Scud itu berjaya ditembak sejauh 450 kilometer dan Jepun mendakwa ia mendarat ke dalam zon ekonomi eksklusif. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here