'Krisis Korea Utara sudah tidak boleh dikawal'

0
69


DUTA China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi. – Foto AFP

NEW YORK: Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi semalam, menyifatkan krisis peluru berpandu Korea Utara ‘sudah tidak boleh dikawal’ lagi.

Sehubungan itu, Jieyi memberi amaran akibat ‘buruk’ jika kuasa dunia gagal mencari jalan mengurang ketegangan dengan Korea Utara itu.

Jieyi membuat kenyataan itu sehari selepas Presiden Donald Trump bercakap menerusi telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, mengenai ancaman ujian peluru berpandu dan nuklear Pyongyang.

“Pada masa ini, ketegangan pada tahap tinggi dan kita mahu melihat ia berkurangan.

“Jika ketegangan semakin memuncak, lambat laun ia tidak dapat dikawal dan akibatnya cukup buruk, ” katanya pada pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB apabila China mengambil alih jawatan presiden Majlis Keselamatan bulan ini.

China mendesak rundingan diadakan bagi menghentikan program nuklear Korea Utara selepas sekutunya itu melancarkan dua lagi ujian nuklear tahun lalu dan siri ujian peluru berpandu balistik.

Cadangan Beijing untuk membekukan program ketenteraan Pyongyang sebagai pertukaran penggantungan latihan tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan, gagal mendapat sambutan.

AS menegaskan ia terbuka untuk berunding dengan Korea Utara jika ia menggantung ujian nuklear dan peluru berpandunya terlebih dahulu.

Menggambarkan krisis dengan Korea Utara sebagai ‘amat, amat, amat serius’, Jieyi berkata ‘pihak lain perlu lebih menerima dan menyokong cadangan itu’.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here