Krisis Teluk: Qatar mahu sesi dialog

0
16


SHEIKH Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.- Foto AFP

LONDON: Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani hari ini, meminta satu dialog diadakan bagi menangani krisis diplomatik negara Teluk.

Namun, pada masa sama, beliau menuduh negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar cuba menjejaskan kedaulatan negaranya.

“Qatar akan terus mendesak supaya satu sesi dialog diadakan.

“Kami mengalu-alukan sebarang usaha bagi menyelesaikan segala perbezaan yang timbul antara kami dan negara jiran.

“Namun, kami tidak menerima sebarang campur tangan dalam urusan hal ehwal negara,” katanya kepada kumpulan pemikir Chatham House di sini, ketika negara Arab mengadakan pertemuan di Mesir bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung krisis itu.

Sheikh Mohammed juga mengutuk tindakan Arab Saudi dan negara sekutunya, yang mendesak Doha mencemarkan kedaulatan negara bagi mengakhiri krisis diplomatik berkenaan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here