Kronologi siasatan kes 1MDB

0
346
Advertisement

KUALA LUMPUR: Berikut kronologi melibatkan dakwaan salah laku yang menjurus kepada siasatan dan pendakwaan membabitkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

2014

12 Disember
Bekas pemimpin UMNO Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB.

2015

1 Mac
PetroSaudi International nafi laporan dakwaan semua wang yang diperuntukkan kepada 1MDB disalurkan kepada syarikat itu.

6 Mac
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

19 Mei
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mulakan prosiding siasatan

25 Mei
Kementerian Kewangan memanggil dua firma audit 1MDB

3 Jun
Bank Negara Malaysia (BNM) mulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB

3 Julai
The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan laporan mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

4 Julai
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak berkuasa pada 3 Julai menyiasat pejabat tiga syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan dana ke akaun Perdana Menteri dan memperoleh dokumen.

Serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd  dilakukan penyiasat pasukan petugas khas.

22 Julai
Polis Singapura membekukan dua akaun berkaitan 1MDB

28 Julai
Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

29 Julai
Lima anggota panel bebas dibentuk untuk memantau SPRM

30 Julai
SPRM menafikan pegawai kanan terbabit dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan.

1 Ogos
Polis menahan tiga individu bagi siasatan berhubung skandal rasuah 1MDB.

3 Ogos
SPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya dari 1MDB.

5 Ogos
Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan bercuti sehingga seminggu.

Pada sebelah petang,  SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan meminta Najib beri penjelasan mengenai dana RM 2.6 bilion dalam akaunnya.

SPRM  juga mendedahkan  penderma dana berkenaan berasal dari Timur Tengah, tetapi tidak mendedahkan identiti penderma.

Isu SRC International melibatkan dana RM4 bilion juga masih dalam siasatan agensi berkenaan dan ia adalah siasatan berasingan dengan dana RM2.6 bilion.

7 Ogos
Dua pegawai kanan SPRM dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke JPM.

14 Ogos
Peguam Negara Switzerland umum prosiding jenayah dibuka terhadap 1MDB terhadap Pejabat Peguam Negara

9 Oktober
BNM mencadangkan prosiding jenayah terhadap 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara kerana ‘pendedahan tidak tepat’ ekoran perlanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953

13 Oktober
Peguam Negara ketika itu Tan Sri Apandi Ali menutup siasatan BNM ke atas 1MDB atas alasan tiada bukti baharu yang dikemukakan BNM

2016

30 Januari
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber meminta bantuan Malaysia berhubung siasatan dakwaan penyelewengan AS$ 4 billion membabitkan 1MDB

23 Mac
BNM ambil tindakan pentadbiran terhadap 1MDB kerana gagal menghantar dokumen bukti sejak Oktober 2015

7 April
PAC bentang laporan siasatan di Dewan Rakyat menunjukkan wujud salah laku dalam 1MDB.

PAC turut menyatakan pegawai yang patut disiasat adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

20 Julai
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch serta Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mengemukakan saman sivil menyita aset 1MDB bernilai AS$ 1 billion.

21 Julai
DOJ memohon untuk merampas 17 aset termasuk hartanah mewah

2017

5 Januari
Pengurus Cawangan Falcon Private Bank, Jens Fred Sturzenegger didakwa berhubung siasatan Singapura terhadap 1MDB.

31 Oktober
Peguam Negara ketika itu Tan Sri Apandi Ali mengarahkan polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung 1MDB.

2018

28 Februari
Indonesia merampas sebuah kapal mewah di Bali yang sedang dicari DOJ sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB

15 – 16 Mei
Polis menyerbu kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dan merampas beberapa dokumen

17 Mei
Polis menyerbu tiga unit kondominium dikaitkan dengan Najib dan merampas kotak mengandungi barangan mewah serta wang tunai

21 Mei
Kerajaan umum penubuhan pasukan khas untuk menyiasat 1MDB

22 Mei
Najib memberi keterangan kepada SPRM berhubung SRC International selama lebih 4 jam

24 Mei
Najib memberi keterangan kepada SPRM buat kali kedua berhubung SRC International

5 Jun
Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes SRC International

7 Jun
SPRM mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas Penasihat Khas 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman.

11 Jun
Sebanyak 40 buah beg tangan mewah pelbagai jenama dirampas dalam serbuan di sebuah daripada dua kuarters kerajaan di Presint 10, Putrajaya berkaitan siasatan 1MDB.

27 Jun
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh mendedahkan jumlah rampasan dari kediaman Najib dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 billion.

29 Jun
Keluarga Najib dilaporkan telah memulakan prosiding undang-undang bagi mendapatkan semula barangan yang dirampas. Ahli keluarga beliau mendakwa barangan yang dirampas kebanyakannya merupakan hadiah yang diterima dari keluarga ternama dari luar negara termasuk keluarga Diraja, untuk pelbagai acara.

3 Julai
Najib ditahan SPRM di rumahnya di Jalan Langgak Duta sekitar jam 2.35 petang.

4 Julai
Najib hadapi pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here