Kuat cemburu punca Amira Othman elak bercinta dengan rakan artis

0
116
Advertisement

PENYANYI Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, 25, sikap cemburu yang ada pada dirinya membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

“Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri.

“Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni ┬ádan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,” katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mimpi Indah merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here