Kubur Michael Jackson kosong, ibu bimbang mayat dicuri

0
47

KUBUR legenda raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.
 
Memetik laporan Aceshowbiz, pihak keluarga Michael Jackson memang sengaja merahsiakan makam pelantun hit “Beat It” itu.
 
Ibunya, Katherine, mendedahkan mayat Michael Jackson tidak ada di dalam peti mayat saat dikebumikan pada tahun 2009.
 
Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka mayat Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn. “Semua orang sangka Michael Jackson dikebumi di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.”

Keluarga merahsiakannya atas alasan keselamatan dan untuk mengabulkan permintaan Michael.
 
“Tapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya,” katanya.
 
Menurut sumber yang sama, Katherine bimbang mayat Michael dicuri.
 
“Keluarga bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.
 
“Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri mayat Michael,” katanya lagi.
 
Abu Michael Jackson dipercayai ditanam di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.
 
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.
 
Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas dijumpai tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.
 
Sumber: Aceshowbiz
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here