Kumpulan militan Libya letak senjata

0
44


KAHERAH: Kumpulan militan Libya, Ansar al-Sharia, yang ada kaitan dengan al-Qaeda, membubarkan pergerakan itu secara rasmi, katanya dalam kenyataan semalam.

Kumpulan itu, yang dikatakan Washington mendalangi serangan di Benghazi dalam 2012 yang membunuh Duta Amerika Syarikat ke negara bergolak itu, Christopher Stevens, berperang dengan Khalifa Haftar, unit Tentera Kebangsaan Libya yang berpangkalan di timur negara itu.

Kumpulan itu berkata, keputusan dibuat berikutan kematian ramai tokoh kepemimpinan dan anggota, menurut kenyataan.

Pasukan yang berpihak kepada Tentera Kebangsaan Libya bertempur sejak tahun lalu dengan pembangkang yang bersatu dengan Kerajaan Perpaduan Libya (GNA) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Tripoli.

Kumpulan seperti Ansar al-Sharia, yang cuba mengekalkan kubu kuat di timur negara itu, membabitkan diri dengan perang lebih besar, mewujudkan pertempuran dilapisi pelbagai militia.

Kenyataan kumpulan itu menggesa pasukan revolusi dan majlis Shoura di Benghazi supaya bersatu membentuk pasukan bersama. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here