Kunci kejayaan PNB

0
51



Temerloh: Amalan urus tadbir tinggi dan prinsip integriti yang baik dalam pengurusan sejak penubuhannya pada 1979 adalah kunci kejayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti dilihat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PNB secara berterusan memberikan manfaat kepada orang ramai melalui pengagihan dividen hasil pelaburan mereka.

“Sejak ditubuhkan pada 1979 ini adalah prinsip diamalkan pengurusan (PNB) sehingga kini yang menyaksikan PNB memperlihatkan kejayaan membanggakan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dewan Tun Razak, Dataran Temerloh, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar serta Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Ahmad Zahid berkata, jika dilihat kepada sejarah PNB ditubuhkan dengan nilai modal berjumlah RM200 juta namun kini PNB memiliki aset dan pelbagai pelaburan strategik lain bernilai RM266.5 bilion.

Beliau berkata, PNB turut menjadi pencetus kepada budaya menabung dalam kalangan rakyat yang sebelum ini hanya melakukan penyimpanan secara ‘terpaksa’ melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here