Kunjungan Mahathir ke Indonesia diharap buka lembaran baru – IMBC

0
103
Advertisement

JAKARTA: Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Indonesia dilihat bakal membuka lembaran baru kepada kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Ketua Majlis Perniagaan Indonesia – Malaysia (IMBC), Tanri Abeng berkata kunjungan ini turut memberi kesempatan kepada Perdana Menteri menjelaskan dasar-dasar terbaru dari kerajaan Malaysia yang pastinya akan menguntungkan kedua-dua negara.

“Melalui lawatan ini, IMBC dan sektor perniagaan berharap dapat manfaat daripada Dr Mahathir sebagai pemimpin paling veteran dan berpengalaman di dunia.

“Tujuan utama pertemuan hari ini adalah untuk membincang peningkatan perdagangan dan pelaburan kedua negara meliputi pelaburan Malaysia di Indonesia.

“Pelaburan Indonesia di Malaysia yang masih harus ditingkatkan, serta kerjasama kedua negara untuk perdagangan di Malaysia dan Indonesia termasuk di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, beliau bersama perwakilan IMBC mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Hotel Grand Hyatt, Jakarta.

Ujar Tanri lagi, hubungan erat kedua-dua negara serumpun yang terjalin sekian lama ini memiliki makna yang sangat penting bagi kedua belah pihak.

IMBC adalah entiti perniagaan antara dua negara, melibatkan Indonesia dan Malaysia, yang mana ibu pejabatnya di Jakarta.

Komitmen IMBC adalah untuk menjadi badan strategik dalam memberikan pandangan dan idea-idea kepada kerajaan, sektor perniagaan dan diplomatik.

Dalam masa sama, IMBC juga mempromosikan dialog untuk memahami dan meningkatkan hubungan yang lebih baik antara Indonesia dan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here