Kurang simpanan selepas bersara: Apa penyelesaiannya?

0
21
Advertisement

“HARI ini, faedah persaraan di Malaysia tidak meliputi semua pesara secara mencukupi.”

Itu antara kebimbangan yang dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan kepada AWANI REVIEW.

Shahril Ridza berkata, rata-rata rakyat Malaysia kini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan lama selepas bersara.

Menurut laporan KWSP, seorang pesara perlu mempunyai simpanan sebanyak RM228,000 apabila mencapai umur 55 tahun. Tetapi setakat tahun 2015, dua pertiga pesara KWSP hanya mempunyai RM50,000 atau kurang setakat umur 54 tahun.

Jumlah simpanan itu katanya, dijangka akan habis dalam tempoh lima tahun selepas persaraan.

Ikuti laporan khas di www.awanireview.com untuk dialog penuh kami bersama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, membincangkan isu ini dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here