Kutipan melebihi RM10 juta, Dukun masih 'merasuk' peminat!

0
170
Advertisement

FILEM terbitan Astro Shaw, Dukun masih hangat ditayangkan dan mencatat sejarah tersendiri dengan meraih kutipan melebihi RM10 juta.

Biarpun mula ditayangkan semenjak 5 April lalu, filem ini masih utuh bersaing dan menjadi pilihan penggemar filem tempatan tidak kira bangsa.

Filem ini juga mula ‘merasuk’ peminat di Singapura selepas ditayangkan pada 19 April lalu menerusi 19 pawagam.

Di Malaysia, filem yang mengangkat watak Dukun bernama Diana Dahlan ini masih ditayangkan di 50 pawagam.

Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here