KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu

0
137
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik mengenai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang susulan penubuhan kerajaan baharu pasca PRU14.

Menurut KWSP, saranan kerajaan baharu agar institusi tempatan terus meningkatkan penambahbaikan tadbir urus korporat, seiring dengan tahap kawal selia yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ini akan memberikan kesan yang baik kepada persekitaran perniagaan tempatan.

“KWSP telah lama melabur di negara ini dan percaya bahawa asas ekonomi negara akan kekal kukuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

“Ketidaktentuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangkan negara, buat pertama kalinya, mengalami peralihan kuasa.

“Namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur akan kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” tambah beliau lagi.

Datuk Shahril turut mengesahkan bahawa KWSP akan terus melabur berdasarkan prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan.

“Kami mengalu-alukan fokus Kerajaan untuk terus memperbaik rangka kerja gaji minimum serta menggalakkan simpanan secara sukarela terutamanya untuk golongan suri rumah,” kata Shahril lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here