Labah-labah seperti kala jengking ditemui

0
130
Advertisement

MYANMAR: Penemuan labah-labah baru spesies Arachnoida yang mempunyai ekor seperti seekor kala jengking dan sepasang spinneret ditemui pada batu amber berusia 100 juta tahun.

Penemuan tersebut memberi pandangan baharu terhadap evolusi labah-labah dan sarang labah-labah.

Arachnoida purba yang ditemui sebelum ini hanya mempunyai ekor yang panjang tetapi tanpa spinneret.

Spinneret adalah bahagian tubuh labah-labah yang berfungsi menghasilkan bebenang dalam membuat sarang labah-labah.

Labah-labah Arachnoida purba itu mempunyai spinneret seperti labah-labah moden namun mungkin tidak berpusing keliling semasa membuat sarang labah-labah.

Labah-labah moden pula mempunyai spinneret tetapi tidak mempunyai ekor.

Menurut seorang pakar arachnoida dari Universiti Kansas, Prof Paul Selden, “penemuan fosil terbaharu ini memberi jurang perbezaan antara labah-labah moden dan purba.”

“Kita masih tertanya-tanya jika spesies labah-labah ini masih hidup. Kita tidak pernah menemukan spesies ini. Hutan tersebut belum dikaji sepenuhnya dan binatang tersebut sangat kecil.”

Fosil tersebut yang dinamakan “C.yingi” dijumpai seorang pelombong batu amber di Burma utara.

Labah-labah ini diklasifikasi sebagai “chimerarachne” atau “chimera spider” dan tidak tergolong dibawah mana-mana keluarga terdekat labah-labah, namun merupakan saudara terdekat labah-labah moden dan menampakkan beberapa petunjuk menarik tentang cara mereka berevolusi.

Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang 40,000 jenis labah-labah yang dijumpai wujud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here