Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap

0
354
Advertisement
SEPANG: Projek Solar Berskala Besar (LSS) pertama dan terbesar di Malaysia, yang sedang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kini siap lebih 50 peratus.

Kerja-kerja tapak untuk ladang solar berkapasiti 50MW itu kini sedang rancak berjalan.

Ia merangkumi aktiviti-aktiviti utama seperti struktur bagi panel solar, selain penanaman kabel bawah
tanah 132kV dan fiber optik sepanjang 10 km.

Menurut Naib Presiden (Usaha Niaga Tenaga) TNB, Datuk Nor Azman Mufti kerja-kerja pembinaan
pencawang 132kV dan pusat kawalan (control room) juga sedang dilaksanakan.

TNB yakin projek dapat siap mengikut jadual pada 1 November 2018

“Pemasangan panel solar sebanyak lebih dari 238,000 unit pula sedang rancak berjalan.

“Kami yakin projek ini dapat mencapai sasaran Tarikh Operasi Komersial Yang Dijadualkan
(Scheduled Commercial Operation Date) pada 1 November 2018,” ujarnya.

LSS tersebut, mula dibina pada Julai tahun lalu, dibangunkan anak syarikat TNB, TNB Sepang Solar
Sdn Bhd di tapak seluas 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.

Kontraktor utama Engineering, Procurement & Construction (EPC) projek berkenaan adalah TNB Engineering
Corporation Sdn Bhd.

TNB memenangi bidaan kompetitif (LSS )bernilai lebih RM300 juta itu tahun lalu dalam usahanya
menerajui agenda Tenaga Diperbaharui (RE) dan mengoptimumkan penjanaan elektrik melalui
teknologi hijau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here