Lagi mangsa belasah WhatsApp

0
110
Advertisement



New Delhi: Seramai 25 suspek ditahan selepas seorang lelaki dibunuh perusuh kerana disyaki menculik kanak-kanak yang berpunca daripada khabar angin yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, kata polis semalam.

Mohammad Azam, 27, terbunuh selepas dia bersama dua rakannya diserang kira-kira 2,000 perusuh di daerah Bidar di negeri Karnataka, selatan India pada lewat Jumaat lalu.

Dua rakan mangsa cedera parah dalam serangan yang berlaku beberapa hari selepas WhatsApp menyiarkan iklan di akhbar di India mengenai cara-cara mengatasi penyebaran maklumat palsu di aplikasi itu.

Menurut laporan media, lebih 20 orang menjadi mangsa kumpulan perusuh kerana didakwa menculik kanak-kanak dalam tempoh dua bulan lalu.

Polis berkata, Mohammad Azam dan rakannya dalam perjalanan pulang Hyderabad selepas melawat rakan mereka di Bidar sebelum berhenti di tepi jalan untuk memberi coklat kepada sekumpulan kanak-kanak.

“Mereka membeli coklat itu dari Qatar dan memberikannya kepada kanak-kanak itu sebagai hadiah,” kata jurucakap polis Bidar, V N Patil kepada AFP.

Ketika berebut-rebut seorang kanak-kanak menangis dan penduduk yang menyangka dia cuba diculik selepas tersebar khabar angin mengenai kes penculikan kanak-kanak di media sosial.

Pemuda itu berjaya melarikan diri tetapi dikejar sejauh beberapa kilometer sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik.

Semua mangsa diseret keluar dari kereta sebelum dipukul dengan kayu dan batu. Tiga anggota polis juga cedera dalam rusuhan yang berlaku selama tiga jam itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here