Lagi perkongsian gambar #BabyCTDK

0
32
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lagi perkongsian gambar bayi perempuan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K di media sosial.

Kali ini, menantu Siti, Tya Ariffin sendiri memuat naik gambar bersama penyanyi itu dengan anak masing-masing di laman Instagram miliknya.

Dalam gambar itu, Tya merangkul anaknya, Arif Jiwa, manakala, Siti mendakap erat puteri sulungnya yang diberi nama timangan sementara, Fatimah Az-Zahra.

Bagaimanapun, Siti tidak mendedahkan sepenuhnya wajah anak perempuannya itu.

Gambar itu turut mendapat komen positif netizen yang tidak putus-putus ingin tahun perkembangan lanjut mengenai Siti dan puterinya.

Siti melahirkan puteri sulungnya pada Isnin lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Baca juga: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

Baca juga: Fatimah Az-Zahra, panggilan sementara anak Siti Nurhaliza

Baca juga: #BabyCTDK: Tun Mahathir ucap tahniah kelahiran Fatimah Az-Zahra

Baca juga: ‘Fatimah Az-Zahra pipi merah, rambut lebat’ – Pengurus Siti Nurhaliza

Baca juga: ‘Menangis pun merdu’ – Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan

Baca juga: #BabyCTDK: Fatimah Az-Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here