Lagu Siti teratas

0
76



Kuala Lumpur: Single pertama daripada album baru penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berjudul Segala Perasaan berada di kedudukan teratas carta iTunes.

Lagu yang dilancarkan sejak semalam itu menjadi trending bersama lapan penghibur antarabangsa lain termasuklah Rockabye, BTS, Ed Sheeran, Sia, IU dan Coldplay.

“Alhamdulillah, saya gembira mendengar berita ini. Sebenarnya bukan sahaja peminat teruja menunggu kelahiran album ini, saya pun sama.

“Jadi apabila single pertama Segala Perasaan dilancarkan di iTunes, saya tak menyangka ia mendapat sambutan hangat sehingga trending.

“Saya menganggap ini satu permulaan baik kepada perjalanan album ini. Malah saya berharap album penuh yang menyusul selepas ini turut laris,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Siti berpesan kepada masyarakat agar membeli hasil karya tulen.

“Penghasilan album ini sesuatu yang membanggakan. Selain saya ada beberapa rakan penyanyi lagi yang turut menghasilkan album penuh. Ia sekali gus membuktikan industri muzik tempatan masih hidup.

“Jadi, sebagai penyanyi saya berharap peminat menghargai karya ini dengan membeli yang tulen. Janganlah memuat naik secara haram. Hargailah kerja keras anak seni seperti saya,” katanya.

Album yang diberi judul Simetri Siti itu boleh ditempah secara online di Lazada bermula 5 sehingga 9 Mei ini. Manakala jualan di kedai muzik dan digital pula bermula pada 10 Mei.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here