Lahirnya 'ketua baharu' dalam hidup Fouziah Gous

0
18

PELAKON Fouziah Gous selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada pukul 8.15 malam kelmarin (9 November).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fouziah menerusi laman Instagram peribadinya, @fouziahgous.

Dalam perkongsian itu, Fouziah, 34, meluahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.04 kilogram.

“Kami sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata baru ini dan dengan rasa penuh syukur kami mengumumkan anak kedua kami telah selamat dilahirkan pada 9 November lalu pada pukul 8.15 malam.

“Selepas sembilan bulan, kami dengan gembiranya ingin memaklumkan cahaya mata kedua kami adalah lelaki.

“Oh anakku! Kami rasa sangat teruja dengan adanya anggota baru dalam keluarga . There’s a new chief in town!” tulisnya.
 

Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah anak kedua pasangan Fouziah dan Zhafran itu.

Fouziah dan Zhafran telah mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Zeeshan, 2 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @fouziahgous

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here