'Lakonan' Neymar cetus kemarahan Mexico

0
386
Advertisement



BINTANG Brazil, Neymar mengetepikan kritikan apabila membawa juara lima kali Piala Dunia itu meraih kemenangan penting ketika mengatasi Mexico malam tadi dan layak ke suku akhir untuk berdepan Belgium.

Neymar menjaringkan satu gol dan membantu untuk gol kedua ketika Brazil yang semakin meningkat mengatasi Mexico 2-0 di peringkat saingan 16 terbaik.

Namun persembahan menyinar Neymar dicemari satu lagi kecenderungannya berlebih-lebihan ketika dicabar.

Tahap terbaru dalam katalog sejarah perangainya terjadi pada babak kedua apabila pemain tengah Mexico, Miguel Layun tampak memijak pergelangan kakinya ketika dia duduk.

Neymar terus menggelupur, menggambarkan dia seakan-akan terkejut dan menderita kesakitan.

“Saya rasa ia sesuatu yang memalukan buat bola sepak,” kata jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio selepas itu sambil berkata perangai Neymar hanya membuang banyak masa.

“Kami membuang banyak masa hanya kerana seorang pemain… kami hilang gaya kami pada babak kedua kerana pengadil.

“Ini adalah contoh yang buruk buat dunia dan dunia bola sepak.”

Media sosial meletup dengan peminat marah dan menyalahkan Neymar kerana menipu dan bekas penyerang England, Alan Shearer menggambarkan tindakan bintang Paris Saint-Germain itu sebagai sesuatu yang “sangat kasihan.”

“Tiada keraguan mengenai kemampuannya. Dia pemain yang menakjubkan,” kata Shearer yang bertugas di Russia buat penyiar Britain, BBC.

“Namun, ia nampak ‘sangat kasihan’ apabila dia bergolek seperti dia sangat menderita.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here