Lamaran Rani Kulup: 'Jangan cari publisiti murahan' – Datuk Seri Vida

0
60

SEMUA orang tahu bahawa Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida (DSV) mengalu-alukan lelaki yang mahu memperisterikannya supaya menghantar lamaran.

Namun, niat Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menyunting Vida sebagai isteri telah ditolak.

Malah, komen Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman kepada MalayMail Online pada Jumaat turut berpesan agar Rani Kulup tidak mencari publisiti murahan dengan lamaran tersebut.

Tambah Vida, dia mahukan seorang lelaki yang muda, kacak serta kaya dan Rani Kulup tiada ciri-ciri lelaki pilihannya.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak.

“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya.

Sebelum ini, Rani menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Vida kepada Sinar Online sambil berkata bahawa beliau boleh menjadi seorang suami yang baik. 

Vida yang sah bercerai talak satu pada April lalu, terdahulu telah menyatakan ciri-ciri calon suaminya adalah lelaki yang mempunyai mata berwarna kelabu, ala-ala jejaka mat saleh dan seseorang yang suka beli-belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” katanya.

Pelantun lagu I Am Me itu juga mendakwa menerima sekurang-kurangnya 50 e-mel “resume” menyatakan niat untuk memperisterikannya termasuk dari Finland dan Scotland.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here