Lamborghini 'terbang' rempuh kereta

0
28



Subang Jaya: Sebuah kereta mewah model Lamborghini hilang kawalan sebelum ‘terbang’ dan merempuh sebuah kenderaan di simpang lampu isyarat Persiaran Teknologi Subang, di sini, petang kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan kenderaan mewah berkenaan mengalami kerosakan teruk, namun nasib pemandunya tidak diketahui berikutan tiada laporan polis dibuat.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, Lamborghini berkenaan dipandu seorang lelaki dari arah Persiaran Jubli Perak.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandunya mahu membelok ke arah Persiaran Teknologi Subang, namun kenderaannya gagal dikawal dan bergesel di bahagian sisi kiri belakang kereta Perodua Myvi.

“Pemandu Lamborghini cuba mengelak daripada melanggar kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita menyebabkannya dia terbabas dan menaiki pembahagi jalan,” katanya.

Beliau berkata, kereta itu merempuh sebuah lagi kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki.

Kejadian turut tular di laman sosial dan terdapat netizen memaklumkan pemandu Lamborghini berkenaan di bawah umur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here