Lapan maut dalam insiden tembakan di Mississippi, suspek ditahan

0
95

MISSISSIPPI: Pihak berkuasa Mississippi menahan seorang suspek selepas lapan orang terbunuh dalam kejadian tembakan, dengan salah seorang mangsa merupakan timbalan sherif.

Jurucakap Biro Penyiasatan Mississippi Warren Strain bekata kejadian itu berlaku di tiga buah kediaman berasingan pada Sabtu malam di Lincoln County yang terletak di luar bandar.

Dua daripada kediaman itu adalah di Brookhaven dan satu lagi di Bogue Chitto. Kawasan tersebut terlatak kira-kira 68 batu di selatan Jackson, ibu negeri Mississippi.

Strain berkata pasukan penyiasat sedang mengumpulkan bahan bukti di ketiga-tiga lokasi, sementara pendakwaan belum difailkan terhadap suspek.

Belum ada sebarang motif kejadian didedahkan pihak berkuasa, dan masih belum jelas sama ada suspek mengenali mangsa-mangsanya sebelum melakukan pembunuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here