Lapangan terbang di Benghazi dibuka semula

0
39


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Benina. – Foto REUTERS

BENGHAZI: Lapangan terbang antarabangsa di Benghazi dibuka secara rasmi untuk semua penerbangan komersial selepas ditutup tiga tahun akibat perang.

Penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benina itu adalah ke ibu negara, Tripoli, Amman, Jordan dan Kufra di tenggara Libya.

Antara destinasi penerbangan seterusnya ialah Tunisia, Istanbul, Alexandria dan Zintan di barat Libya.

Semua penerbangan itu setakat ini dikendalikan dua syarikat penerbangan, Libyan Airlines dan Afriqiyah Airways.

Benina di timur Benghazi adalah bandar kedua terbesar di Libya dan terbabit dalam peperangan sejak musim panas 2014 apabila pasukan tentera yang setia kepada komander Khalifa Haftar melancarkan serangan terhadap militan Islam.

Awal bulan ini, Haftar mengisytiharkan kejayaan selepas menewaskan musuh dalam pertempuran di kubu terakhir dikuasai musuh.

Pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Benina itu disambut baik orang ramai yang lega tidak lagi perlu memandu empat jam untuk menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Labraq.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here