Laporan audit KPMG tidak benar, penilaian tidak adil – 1MDB

0
60
Advertisement

KUALA LUMPUR: Penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2012 yang diaudit oleh KPMG Malaysia, tidak memberikan penilaian sebenar dan adil ke atas syarikat itu, kata 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata dalam surat bertarikh 8 Jun 2018, firma perakaunan itu menasihatkan 1MDB supaya mengambil langkah perlu untuk mengelak daripada sebarang pergantungan atau pergantungan lanjut ke atas tiga laporan audit berkenaan.

“Menurut KPMG, mereka mencapai keputusan itu selepas menelitik laporan Ketua Audit Negara mengenai laporan 1MDB yang diklasifikasikan semula serta laporan berkaitan yang sebelum ini tidak dikemukakan oleh pengurusan lama syarikat itu,” katanya.

1MDB berkata jika dokumen itu diserahkan kepada juruaudit, KPMG percaya maklumat itu ‘akan memberi impak secara material kepada penyata kewangan dan laporan audit lain yang berkaitan.’

“Selain itu, KPMG menasihatkan kami supaya 1MDB memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai status terkini mengenai laporan audit berkenaan,” katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here